16 bulan yang menyakitkan,untuk memadam jejak masa lalu,Byron Widner
Selepas menjalani 25 pembedahan yang sangat menyakitkan selama 16 bulan untuk membuang tatu yang memenuhi wajahnya,akhirnya Bryon Widner bekas seorang ketua gengster yang sangat terkenal dan ganas telah berjaya mendapatkan kembali hidup yang normal sebagai manusia biasa.Menurutnya itu lah harga yang perlu beliau bayar untuk kembali menjadi manusia.Dan dapat di terima oleh masyarakat.
Masa lalu Bryon Widner
Jejak silam hanya tinggal kenangan...
Beliau yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak yang comel membuat keputusan yang drastik,untuk keluar dari kancah yang tidak sihat itu demi anak dan keluarganya.Dan beliau berkata tidak akan membesarkan anaknya dalam suasana yang penuh kebencian dan keganasan seperti yang telah di alaminya seawal usia beliau 16 tahun.
Bersama anaknya Tyrson 4 tahun sambil di perhati isteri tersayang.
Kini beliau bahagia dan gembira dengan kehidupan sekarang.Tempat kediaman beliau telah di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Diburu: Berdasarkan sejarahnya, Encik Widner dan keluarganya menjadi sasaran ancaman bunuh dan serangan ke atas rumah mereka
Anak perempuannya Isabella Widne sentiasa di buru kebimbangan,rumah mereka di ceroboh musuh ayahnya...
Kini beliau kembali menjalani kehidupan sebagai seorang manusia ,beliau berharap kisah hidupnya menjadi tauladan bagi orang lain...
0 Response to "16 bulan membuang tatu pada wajah"
Posting Komentar